ARTIKEL

Keadaan banjir di Kampung Haji Abas dekat Baling, Kedah. - Foto: Lumi

Tiga mangsa banjir berpaut pada pokok untuk selamatkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALING, Kedah: Seorang wanita warga emas dan dua lelaki di Kampung Haji Abas dekat sini berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir.

Mereka terpaksa berpaut pada pokok bagi mengelak dihanyutkan arus deras.

Komander Operasi Kanan Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Peguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.45 pagi. 

“Kami menerima panggilan kecemasan untuk operasi penyelamatan mangsa banjir pada 3.57 pagi dan 6.45 pagi tadi.

“Panggilan meminta bantuan bagi menyelamatkan tiga mangsa yang sedang berpaut pada pokok.

“Pasukan penyelamat terpaksa mengharungi air yang agak deras menggunakan sistem tali dengan kelengkapan pakaian perlindungan keselamatan (PPE) untuk menyelamatkan mangsa.

“Semua mangsa  diselamatkan dan operasi tamat pada 8.10 pagi,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran.

“Air banjir di kawasan kejadian sedalam 0.5 hingga 1.5 meter dan terdapat beberapa kawasan arusnya deras disebabkan hujan berterusan,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa difahamkan keluar dari rumah selepas banjir melanda.

Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan menyelamatkan diri, arus terlalu deras menyebabkan mereka terpaksa berpaut pada pokok.

Sementara itu, di Kupang dekat sini, lima mangsa termasuk seorang pesakit strok dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air pada 9.29 pagi tadi.

“Operasi memindahkan mangsa terjejas di beberapa kawasan di Baling masih dijalankan hingga kini dan turut membabitkan beberapa agensi lain,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan