ARTIKEL

Gambar hiasan. | Freepik.com

Tiga maut, 14 hilang selepas dua bot pelancong terbalik di China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala 14 lagi hilang selepas dua bot pelancong terbalik di Sungai Liuchong, wilayah Guizhou di barat daya China pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua yang dipetik Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 77 orang yang berada di atas bot ketika insiden itu berlaku.

Dalam pada itu, seramai 60 mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Presiden China, Xi Jinping menggesa agar operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara menyeluruh serta mengarahkan supaya rawatan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang cedera.

Kejadian berlaku semasa cuti Hari Pekerja (May Day), yang menyaksikan lonjakan ketara dalam jumlah pelancong domestik serta kesesakan di destinasi pelancongan di seluruh negara, menurut data kerajaan yang dipetik Global Times. — BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU