Tiga maut manakala empat yang lain termasuk anggota tentera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Sri Aman-Engkilili pada lewat petang Khamis.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar 6.38 petang dan mengarahkan BBP Sri Aman ke lokasi kejadian.
Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan bertembung iaitu Perodua Viva dan Proton Saga.
Pemandu Proton Viva dan penumpang di bahagian hadapan tersepit dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh KKM. Manakala seorang lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Engkelili.