ARTIKEL

Kredit : Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan tujuh kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Tiga lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam nahas melibatkan tujuh kenderaan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu pada pukul 4.13 pagi yang melibatkan empat kereta, sebuah lori tiga tan, dan dua treler, dengan sembilan lelaki dan empat wanita terlibat sebagai mangsa.

“Bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan memadam kebakaran melibatkan sebuah lori treler yang terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 40, Muhamad Zaimi Shariff, 39 dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata dua wanita yang cedera dikejarkan ke hospital dengan jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) manakala tiga lelaki yang cedera parah dibawa ke hospital oleh ambulans KKM.

Operasi menyelamat yang melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong tamat pada pukul 5.50 pagi. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu