SRI AMAN: Permulaan positif buat tiga pasukan pada saingan Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025, selepas menumpaskan lawan masing-masing aksi pertama yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.
Dua perlawanan berlangsung pagi tadi dan aksi dipamer pasukan Merpati FC antara yang mencuri tumpuan apabila membelasah SAPD dengan jaringan (8-0).

Diikuti kemenangan tipis (6-5) Datus United ke atas Kaban Empire aksi kedua.
Sambil, kemenangan (2-1) dicatat LA United ke atas BBE X Insuaramu FC pada aksi sebelah petang tadi.
Setiausaha Kehormat, Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Alfred Kendim memberitahu, kredit awal dimiliki tiga pasukan terbabit hasil kemenangan pertama diperoleh.
“Peluang masih terbuka buat semua pasukan untuk menempatkan diri dalam kelompok terbaik kumpulan masing-masing.
“Yang pasti, tiga pasukan (Merpati FC, Datus United, LA United) mempunyai kelebihan setakat ini,” ujar Alfred kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas Alfred, tiga lagi perlawanan berlangsung esok (Ahad). Pasukan Axibxkampung Boy FC menentang Fuhai FT (8:00 pagi).
Disusuli perlawanan antara SPAD menentang Datus United (9:00 pagi) dan Merpati FC menentang Kaban Empire (3:30 petang).






