ARTIKEL

Tiga pemain Kuching City dikuarantin empat hari lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIGA pemain baharu Kuching City FC (KCFC), Aylton Ferreira, 32, Mohd. Rafiq Shah Mohd. Zain, 27, dan Muhammad Badrul Amin Hamid, 22, akan menjalani kuarantin di rumah empat hari lagi, setelah selesai kuarantin 10 hari.
Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan menjelaskan kesemua mereka bebas daripada sebarang gejala.
“Bagaimanapun, mereka perlu menjalani satu lagi proses kuarantin iaitu di rumah selama empat hari,” ujarnya.
Aylton dari Brazil akan beraksi di posisi pertahanan tengah, manakala Rafiq dari Selangor (pertahanan kiri) dan Badrul dari Terengganu (sayap/tengah).
Skuad KCFC telah pun berlatih sejak pertengahan Disember lalu, dan mengadakan Siri Jelajah Sarawak selama 10 hari.
Kemudiannya mereka menyambung semula latihan pada 28 Disember lalu, sehinggalah latihan terpaksa dihentikan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa tempat di Semenanjung, manakala Sarawak dikenakan PKP Bersyarat.
Ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim sepatutnya memulakan tugas 16 Januari lalu, namun terpaksa tunggu lagi.
KCFC sekarang ini dibimbing oleh penolong jurulatih, Ideris Untong sambil dibantu Fidaus Morshidi, Zulkarnaen Poasa dan Nizam Mahmud.
KCFC masih mengekalkan beberapa pemain utama musim lalu, seperti Joseph Kallang Tie, Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Mazwandi Zekeria, Rafiezan Razali, Mohd Iqbal serta tiga import asing, Yuta Suzuki, Hudson Dias dan Leonardo Alves.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan