ARTIKEL

Ketua Komunikasi Korporat Bola Keranjang, Sim Leong Kun (tengah) ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil 1/2026 - Bola Keranjang di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam. | Bernama

Tiga pemain naturalisasi MABA belum dapat lampu hijau FIBA, terlepas Sukan Asia dan Komanwel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiga pemain naturalisasi bola keranjang dijangka mengambil masa lebih lama untuk boleh mewakili pasukan Malaysia di kejohanan antarabangsa.

Ketua Komunikasi Korporat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Sim Leong Kun berkata ia susulan permohonan yang dibuat pada bulan lepas masih belum mendapat lampu hijau Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA).

“Mereka mungkin tidak dapat bermain untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia sebab proses (permohonan) ini ambil masa dua bulan. 

“Jadi tidak sempat untuk menyenaraikan mereka dalam senarai panjang, mungkin mereka ini akan memperkuatkan skuad Sukan SEA,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini MABA mengumumkan Joseph Obasa, Tychique Bosango dan Aalia Carlson secara rasmi melengkapkan proses naturalisasi.

Selepas semua dokumentasi disempurnakan, ketiga-tiga pemain layak mewakili Malaysia dalam semua kejohanan di bawah FIBA, termasuk format 5 sebelah dan 3 sebelah. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU