ARTIKEL

Tiga peniaga dikompaun guna alat penimbang tamat tempoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga peniaga pasar basah masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 akibat beroperasi dengan menggunakan alat penimbang tamat tempoh, hujung minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Unit Pengurusan Media dan Publisiti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Sarawak menerusi satu kenyataan rasmi, hari ini.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga premis tersebut dilihat masih menggunakan alat timbang tamat tempoh ketika pihaknya menjalankan serbuan di lokasi berkenaan.

Dedahnya, serbuan dilakukan susulan aduan dan maklumat awal yang diterima daripada orang awam.

“Penggunaan penimbang tamat tempoh merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972,” jelas kenyataan itu.

Susulan itu, katanya, KPDNHEP berjaya mengambil 205 kes di bawah ATS 1972 dengan nilai kompaun sebanyak RM28,700 manakala nilai rampasan berjumlah RM51,106.00.

Tambahnya, bilik gerakan KPDNHEP Sarawak turut beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

“Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau portal e-aduan.kpdhep.gov.my atau di talian Whatapp 019-2794317.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat dengan hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil,” tegas kenyataan tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu