ARTIKEL

Tiga penjuru di kerusi Selangau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIGA PENJURU… Edwin Banta (tengah) Umpang (kiri) dan Henry Usau (kanan) telah disahkan sebagai calon bagi kerusi Selangau. Kredit Foto FB: Wesley Dalton

SELANGAU: Kerusi panas Parlimen Selangau yang ditinggalkan penyandangnya, Baru Bian bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), PKR dan calon Bebas.

GPS mencalonkan Edwin Banta, manakala PKR meletakkan Umpang Sabang manakala Henry Joseph berdiri sebagai calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Inting Nyami mengumumkan semua calon yang akan bertanding pada jam 12.50 tengah hari selepas tempoh bantahan tamat pada jam 11 pagi.

Pencalonan Edwin dicadangkan oleh Datuk John Sikie Tayai dan disokong oleh Christopher Gira Sambang.

Sementara itu, Umpang pula dicadang oleh Sim Yaw Cheng dan Kasin Nyaru sebagai penyokongnya.

Manakala Henry yang akan bertanding atas tiket Bebas, dicadang oleh Peter Tuan dan disokong oleh Tabor Bunsu.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Edwin sebagai calon GPS yang akan bertanding di kerusi Parlimen Selangau.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Parlimen Selangau dimenangi Baru Bian yang bertanding atas tiket PKR dengan majoriti 486 undi menewaskan Rita Insol ketika mewakili Barisan Nasional (BN) ketika itu.

 

 

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU