ARTIKEL

Tiga pertubuhan agama di Sibu terima dana Unifor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DR Sim (tiga kanan) menyerahkan cek daripada Unifor kepada salah seorang wakil penerimanya.

SIBU: Tiga pertubuhan agama di sini telah menerima dana keseluruhan RM38,400 daripada Unit Agama-agama Lain (Unifor).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian telah menyempurnakan penyerahan dana itu kepada pertubuhan berkenaan di Sibu Eng Ann Tua Pek Kong pada petang tadi.

Tiga pertubuhan yang menerimanya ialah Che Kim Khor Moral Uplifting Society, Sibu Eng Ann Tua Pek Kong Temple Charitable Trust and Tung Lok Sia Association dimana masing-masingnya menerima RM12,800.

Bercakap sebelum menyerahkan dana itu, Dr Sim berkata, dana itu adalah untuk membantu organisasi membayar bil utiliti kerana pendapatan mereka terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang pandemik Covid-19.

“Kami amat berterima kasih kepada badan agama dan tempat ibadat atas kerjasama sepanjang pandemik Covid-19.

“Apabila kami memohon mereka tutup, mereka tutup dan tidak bertanya apa-apa lagi. Kerana kepatuhan mereka, kita dapat mengawal wabak Covid-19 di Sarawak,” katanya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Adun Batu Kawah.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee, Adun Bukit Assek Chieng Jin Ek, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sibu Clarence Ting Ing Horh dan calon GPS Parlimen Lanang Wong Ching Yong.

 

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah