ARTIKEL

Tiga pintu rumah di Rh. Wani, Jalan Sungai Lansat, Ulu Tinjar musnah dalam kebakaran pagi tadi. Foto: Bomba

Tiga pintu rumah panjang Ulu Tinjar musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tiga pintu rumah di Rh. Wani, Jalan Sungai Lansat, Ulu Tinjar di sini ranap dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 8.20 pagi dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng serta BBP Batu Niah segera dikerahkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, didapati tiga pintu rumah panjang berkenaan telah terbakar 100 peratus.

“Sebanyak tiga keluarga turut terjejas, dengan keluarga pertama seramai lima orang, keluarga kedua seramai 10 orang dan keluarga ketiga seramai 10 orang,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, tiada mangsa cedera akibat kejadian itu.

Menurutnya, pasukan bomba melakukan kerja pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium