KUCHING: Tiga Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Kuching ditutup pada jam 1.30 petang hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga PPS yang ditutup ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi, Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan Serbaguna Taman Malihah.
Tiga PPS berkenaan dibuka pada Jumaat lalu bagi menempatkan sekitar 413 orang mangsa yang terdiri daripada 107 keluarga.
Sementara, hanya PPS Balai Raya Kampung Assyakirin, Bintulu masih dibuka yang menempatkan 16 mangsa bencana ribut.






