ARTIKEL

Tiga sahabat baik mengaku bersalah curi pakaian dalam wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga sahabat baik dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri lima helai pakaian dalam wanita dalam kedai pakaian terkemuka di sebuah pusat beli-belah di Jalan Wan Alwi, 14 Jun lalu.

Tertuduh Dayang Zaridah Abang Safian, 37, Edthma Adzureran, 33, Fransiska Adriani, 28, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama mencuri sehelai bengkung, dua helai seluar regangan wanita mengandung, sehelai coli, dan sehelai seluar pendek di kedai pakaian terkemuka dalam sebuah pusat beli-belah di Jalan Wan Ali, kira-kira jam 6.24 petang, 14 Jun lalu.

Oleh itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun dan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan dan sebatan.

Zaiton menjatuhkan hukuman penjara enam hari dan denda RM2,000 atau empat bulan penjara terhadap Edthma dan Dayang Zaridah.

Manakala Fransiska merupakan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap 14 Jun lalu.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, pengadu mengarahkan kakitangannya untuk memeriksa kerana pengimbas RFID berbunyi.

Kemudian, pengadu membuat semakan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati tiga orang wanita tidak dikenali telah mencuri beberapa pakaian dalam wanita lalu menahan mereka.

Laporan polis terus dibuat untuk tindakan lanjut dan anggaran kerugian dialami sekitar RM400.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU