ARTIKEL

Tiga sekawan yang terperangkap di Pantai Kampung Trombol akibat air pasang di Telaga Air selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga sekawan yang leka memancing dan terperangkap di Pantai Kampung Trombol akibat air pasang di Telaga Air akhirnya ditemui selamat oleh anggota bomba tengah malam tadi.

Komander Operasi Mencari dan Menyelamat Nooruldin Talap berkata, ketiga-tiga mangsa dijumpai berada di atas pokok sehingga air laut surut untuk bergerak sendiri menuju ke Trombol melalui jalan pesisir pantai dengan keadaan selamat.

“Sebelum itu, salah seorang mangsa memaklumkan kepada kita mengenai keadaan air pasang telah sampai ke kedudukan mereka.

“Mangsa terus dinasihatkan agar terus berada di tempat yang tinggi sementara menunggu bantuan tiba,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan bomba terus bergerak ke Feri Rambungan apabila pasukan Bomba Tabuan Jaya diarahkan menurunkan Bot Penyelamat Bomba dan akan melalui Sungai Batang Rambungan ke lokasi mangsa.

“Pasukan Bomba daripada Bot Penyelamat berjaya mengesan kedudukan mangsa namun gagal untuk mendekati lokasi mangsa susulan ombak besar.

“Mangsa ketika dijumpai telah diberitahu agar terus berada di atas pokok berkenaan sehingga air laut surut untuk bergerak sendiri menuju ke Trombol melalui jalan pesisir pantai dengan keadaan selamat,” jelasnya.

Tiga sekawan itu dikenali sebagai Azrol as-obeng, 31, Norazi Bahar, 30 dan Mohd Syahril Tomudi,27 pada mulanya pergi memancing di pantai berkenaan dengan menggunakan motosikal.

“Sedang asyik memancing, mereka tidak menyedari air yang sedang pasang telah menyebabkan jalan yang dilalui di pantai telah terputus.

“Jarak mangsa daripada kedudukan air laut yang sedang pasang dianggarkan 50 meter,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa berjaya dikeluarkan daripada tempat mereka terperangkap akibat air pasang pada tengah malam tadi dalam keadaan selamat dan terus dibawa ke Pusat Kawalan Bomba.

Kelihatan pihak bomba memberi bantuan kepada tiga sekawan yang terperangkap di Pantai Kampung Trombol di Telaga Air semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke