ARTIKEL

Tiga sektor penting projek pembangunan bawah RM50 juta mesti dilaksana dalam pakej penuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor pendidikan, kesihatan dan pembinaan jalan luar bandar merupakan antara projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta paling banyak bakal dilaksanakan Sarawak.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semua pembangunan projek tersebut mesti dalam pakej penuh seperti yang dikehendaki oleh negeri ini.

“Kita mempunyai banyak projek di bawah RM50 juta, khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan jalan-jalan kampung luar bandar. Kalau hendak memberitahu berapa jumlah sebenar, setakat ini saya tiada data terperinci.

“Tetapi pada umumnya, tiga sektor ini memang banyak projek. Anda bayangkanlah, kita mempunyai sebanyak RM4 bilion untuk melaksanakan semua projek tersebut, termasuk projek-projek kecil lain.

“Dalam hendak membangunkan semua projek tersebut, kita mahu semua proses pelaksanaan mesti dalam pakej penuh di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanan (ICU) seperti yang dikehendaki oleh Sarawak,” katanya.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB, di sini, hari ini.

“Apa yang saya sebutkan ialah pihak Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakannya semua projek tersebut secara pakej penuh.

“Bermakna bermula daripada peringkat perancangan, konsultan, proses tender dan lain-lain berkaitan projek dilaksanakan oleh Sarawak sendiri,” jelasnya.

Untuk rekod pada awal Januari lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kewangan menyerahkan kuasa meluluskan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta kepada pentadbiran Sabah dan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke