ARTIKEL

Tiga sempadan baharu dikawal ketat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan tambahan RM100,000 untuk menjaga sempadan pedalaman negeri ini dengan Indonesia.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Keselamatan Tan Sri James Jemut Masing berkata, terdapat tiga sempadan baharu diperketatkan kawalannya.

“Tiga sempadan tersebut ialah Tapak Megah dan Rantau Pendora di Sungai Rajang serta Ulu Undop di Sri Aman. “Tapak Megah dan Rantau Pendora kira-kira 120 kilometer dari pekan Kapit turut bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia,” katanya kepada Suara Sarawak kelmarin.

Menurut James Masing, seramai 26 anggota keselamatan dikerahkan di kedua-dua sempadan terbabit bermula 10 Mac lalu hingga 9 Mei kelak. “Sempadan ketiga ialah Ulu Undop, Sri Aman yang terletak hanya lima kilometer dari Rumah Lang. “Pintu masuk sempadan ini sering digunakan oleh rakyat Indonesia ke Sarawak untuk tujuan berniaga,” jelasnya.

Bagaimanapun, tegasnya, susulan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kemasukan rakyat Indonesia ke Sarawak dilarang sepenuhnya.

“Sempadan ini dikawal untuk menghalang kemasukan haram rakyat Indonesia untuk berniaga di Sarawak sekali gus mengekang penularan wabak Covid-19. “Seramai 15 anggota polis dikerahkan ke kawasan terbabit dalam masa terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan tambahan di Kapit bagi pembelian aset yang digunakan untuk mengawal kawasan sempadan pedalaman Sarawak (Malaysia) dan Indonesia semasa PKP.

Menurutnya, keselamatan di perbatasan terus dipantau rapi untuk mengekang kemasukan warga asing dari negara jiran ke Sarawak sepanjang tempoh PKP. Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan