ARTIKEL

Tiga tonggak Sarawak jadi negeri maju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggariskan tiga tonggak utama untuk Sarawak mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.

Menurutnya, tiga tonggak itu ialah kemakmuran ekonomi, sosial inklusif dan persekitaran yang mampan.

“Dari segi kemakmuran ekonomi, kita perlu berkembang pada kadar lapan peratus setiap tahun dengan menggandakan saiznya daripada RM133 bilion pada tahun 2018 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

“Justeru, bidang pertanian komersial, perlombongan, perhutanan, pembuatan dan perkhidmatan yang merangkumi pelancongan menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan aluan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (MTES) di Wisma Bapa Malaysia di sini, kelmarin.

Sehubungan itu kata Abang Johari, Sarawak akan mempercepatkan usaha dalam bidang pertanian dan perlombongan menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0. “Dengan penggunaan teknologi dan inovasi, kita akan meningkatkan eksport tiga kali ganda dalam bidang petrokimia, pertanian dan pembuatan.

“Kita akan menghasilkan petrokimia dan mengurangkan kebergantungan kepada eksport LNG, menyasarkan defisit dagangan semasa sebanyak RM3 bilion kepada lebihan bersih serta meningkatkan purata pendapatan isi rumah daripada RM5,000 kepada RM16,000 sebulan,” jelasnya.

Tegasnya, dalam mencapai sosial yang inklusif, Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada projek rakyat agar kekayaan dibahagi secara adil.

“Ini kerana peratusan isi rumah berpendapatan rendah di Sarawak masih pada paras 53 peratus dan ia harus ditangani secara holistik. “Maka, dalam tempoh 10 tahun, kita harus mengurangkan keadaan ini di bawah paras 40 peratus dengan meningkatkan perkhidmatan sosial di Sarawak,” ujarnya.

Abang Johari turut memberitahu, kelestarian alam sekitar perlu diberi keutamaan kerana Sarawak adalah ‘rumah’ bagi setiap rakyat di negeri ini. “Kita mesti memastikannya bersih dan sihat untuk generasi kini dan akan datang dengan meneruskan usaha penghutanan semula sambil meningkatkan perlindungan hutan.

“Kami juga akan meningkatkan kerangka peraturan supaya ia dipatuhi dan Sarawak dikenali dunia,” katanya. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha