ARTIKEL

CETUS SEMANGAT... Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (enam dari kiri) bersama kontinjen SKF Sarawak.

Tiga tradisi Kuntau Sarawak ke pentas dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga tradisi Kuntau Sarawak bakal dibawa ke pentas antarabangsa apabila 10 pesilat negeri ini menyertai Pertandingan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa (IMAC) 2026 di Chungju, Korea Selatan, dari 15 hingga 18 Oktober ini.

Kontinjen Persekutuan Kuntau Sarawak (SKF) seramai 22 orang, merangkumi 10 atlet dan pegawai pengiring mempertaruhkan Kuntau Melayu, Kuntau Iban dan Kuntau Bidayuh dalam pertandingan yang menghimpunkan peserta dari 19 negara lain.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penyertaan itu membuka peluang kepada pengamal seni mempertahankan diri Sarawak bertukar pengetahuan dan pengalaman dengan peserta antarabangsa, sekali gus membantu memelihara warisan tradisional negeri ini.

Beliau berkata, peserta turut berpeluang mempelajari pelbagai tradisi seni mempertahankan diri, termasuk dari Thailand, Korea Selatan dan Myanmar.

Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas menyempurnakan simbolik pelepasan kontinjen itu, hari ini.

Menurutnya, pertandingan seumpama itu menyediakan platform kepada pesilat untuk menguji dan meningkatkan kemahiran masing-masing, selain mendorong golongan muda mendalami seni mempertahankan diri tradisional.

Pertandingan itu merangkumi beberapa format, termasuk rutin berpasangan serta persembahan bersenjata dan tanpa senjata.

Fazzrudin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Sarawak dan Malaysia, sambil berharap peserta dapat memanfaatkan pengalaman berkenaan untuk memperkukuh seni mempertahankan diri tradisional negeri ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU