ARTIKEL

Hii semasa meninjau persiapan venue bagi temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Muhibah, petang Sabtu.

Tiga venue utama SUKMA XXI hampir siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bahagian Bintulu sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara sukan bola sepak, sepak takraw dan muay thai pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee, berkata kerja- kerja penambahbaikan venue bagi tiga acara sukan tersebut sedang rancak dilaksanakan dan hampir siap.

Beliau berkata lebih 700 atlet dijangka akan berkampung di Bintulu untuk menyertai ketiga- tiaga acara sukan terbabit.

“Kita telah mengadakan mesyuarat bersama urusetia bahagian yang diketuai Residen Bahagian Bintulu semalam.

“Nampaknya Bintulu sudah bersedia menjadi tuan rumah SUKMA XXI Sarawak 2024,” katanya usai meninjau persiapan venue di Stadium Muhibah, petang Sabtu.

Stadium Bintulu menjadi venue pusingan awal sukan bola sepak yang dijadualkan bermula dari 12 hingga 16 Ogos melibatkan tiga kontinjen iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurut Hii lagi, acara sepak takraw akan dilangsungkan di Stadium Muhibah dari 14 hingga- 23 Ogos dengan menawarkan lapan pingat emas.

Manakala, acara muay thai akan dilangsungkan di Naim Street Mall @ Bintulu Paragon dari 15 hingga 20 Ogos, menawarkan 14 pingat emas.

“Kita juga bersyukur untuk acara sepak takraw wanita berpasukan, pada mulanya hampir dibatalkan susulan kekurangan penyertaan negeri, namun kita berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara di mana dalam mesyuarat terakhir persiapan SUKMA XXI telah (sepak takraw wanita berpasukan) telah dimuktamadkan sebagai acara tetap.

“Sehubungan itu, kita masih ada 488 acara untuk dipertandingkan pada temasya SUKMA kali ini,”ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU