ARTIKEL

RAMPAS…Antara dadah yang dirampas dan ditunjukkan pada sidang media semalam.

Tiga warga Malaysia ditahan seludup dadah ke Kalimantan Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK: Tiga warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas cuba menyeludup 77.7 kilogram syabu dan 54,785 pil ekstasi ke Kalimantan Barat menerusi laluan tikus di sempadan Kapuas Hulu, baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek ditahan pada 3 Ogos lalu di Desa Tajum, Kecamatan Badau, selepas polis menemui sembilan karung guni berisi beg galas.

Pengarah Siasatan Narkotik Polda Kalbar, Kombespol Dedi Supriadi, berkata pemeriksaan lanjut mendapati karung itu mengandungi 78 bungkus syabu dan 11 kotak pil ekstasi.

“Dadah berkenaan dibawa dengan bot laju dari Lubuk Hantu, Sarawak, sebelum suspek berjalan kaki selama tiga jam menuju lokasi serah terima di sempadan.

“Modus operandi mereka menggunakan guni supaya kelihatan seperti barang bawaan biasa,” katanya pada sidang media di Pontianak, semalam.

Tambah Dedi, dadah itu dipercayai akan diserahkan kepada lima warga Indonesia yang menunggu dengan dua kenderaan untuk dibawa masuk ke Pontianak.

Semua suspek termasuk warga Malaysia berkenaan mengaku hanya menerima upah Rp3 juta (sekitar RM1,100) seorang, katanya.

“Dalam operasi susulan pada 8 Ogos, polis menahan dua pengedar tempatan di Sungai Raya, Kabupaten Kubu Raya, bersama hampir satu kilogram syabu.

“Seorang daripada mereka merupakan bekas banduan kes narkotik.

“Kesemua suspek kini disiasat mengikut undang-undang narkotik Indonesia, manakala Polda Kalbar dilaporkan akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejak dalang sebenar sindiket,” tegas beliau.

RAMPAS…Antara dadah yang dirampas dan ditunjukkan pada sidang media semalam.
RAMPAS…Antara dadah yang dirampas dan ditunjukkan pada sidang media semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU