Trending

Tiger 3 aksi mantap SALMAN KHAN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

FILEM TIGER 3 sememangnya padat dengan aksi sehingga dilabel sebagai fi lem Bollywood paling menarik ketika ini.

 Ia merupakan fi lem dari India yang diarahkan oleh Maneesh Sharma dan penerbit Aditya Copra.

Filem bergenre aksi, pengembaraan dan debaran ini ditulis oleh Anckur Chaudhry, Aditya Chopra dan Shridhar Raghavan.

Tiger 3 menjadi fi lem yang ditunggu-tunggu peminat selepas fi lem kedua ditayangkan lima tahun lalu. Untuk makluman, Tiger 3 merupakan fi lem kelima dalam YRF Spy Universe.

YRF Spy Universe ialah francais global dan media dari India yang mengandungi siri fi lem aksi pengintip.

Pelakon Salman Khan memainkan semula wataknya sebagai Avinash Singh Rathore (Tiger) yang dikenali sebagai ejen RAW.

Pelakon Katrina Kaif memainkan watak Zoya — isteri Tiger dan bekas ejen ISI.

Filem ini mengisahkan usaha menyelamatkan keluarga dan negara daripada huru-hara.

Namun, kali ini ia lebih kepada penyelesaian peribadi. Tiger kemudian dituduh sebagai pengkhianat.

Kini, dia menghadapi halangan yang serius kerana keselamatan dan nyawanya terancam.

Adakah Tiger dan Zoya berjaya dalam usaha membersihkan nama baik mereka dan keluarga?

Jangan terlepas menonton Tiger 3 lakonan Salman Khan, Katrina Kaif dan Emraan Hashmi di lebih 95 pawagam seluruh Malaysia. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru