ARTIKEL

TikTok labur bilion dolar di Asia Tenggara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew mengumumkan hasrat melabur berbilion dolar di Asia Tenggara.

Beliau yang merupakan warga Singapura merasakan Asia Tenggara seperti rumahnya sendiri.

Chew menjelaskan mereka berusaha melayan negara di rantau ini sebagai jiran sendiri dan bukan sebagai destinasi terpencil.

Chew menyatakan keputusan untuk melabur di Asia Tenggara adalah berdasarkan peluang yang wujud di rantau ini, serta kedekatan TikTok dengan ibu kota mereka di Singapura.

Menurut laporan detikcom, Indonesia mempunyai potensi pertumbuhan pantas untuk TikTok dengan 125 juta pengguna aktif dan 15 juta perniagaan menggunakan platform itu.

Semasa pertemuan dengan Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan, TikTok dilaporkan komited melabur AS$10 bilion di Indonesia.

Pada masa ini, TikTok mengumumkan pelaburan AS$12.2 juta untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan muda.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU