ARTIKEL

Timba ilmu hadapi kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah telah mengadakan program Bomba Komuniti di Pusat Pentadbiran Mukah di sini.

Ia disertai oleh 40 tuai rumah, 60 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan 20 penduduk tempatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Azman Hanapis dan pegawainya turut memberi taklimat tentang keselamatan.

Demonstrasi pemadaman api turut diadakan. Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan ilmu mengenai peralatan keselamatan dan tatacara penggunaan yang betul ketika kecemasan.

Pegawai MDDM Bahagian Komuniti Haliza Umar menjelaskan program tersebut mendapat sambutan menggalakkan. “Kita berharap rumah panjang dapat menubuhkan pasukan Bomba Komuniti. I

a sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian tidak diingini,” ujarnya.

“Kami juga akan menganjurkan program Bomba Komuniti pada masa akan datang untuk rumah panjang di sekitar sekitar Mukah secara berperingkat-peringkat.

Program ini dapat membuka minda masyarakat terhadap kaedah yang sistematik ketika menghadapi kebakaran,” ujarnya.

Dalam program tersebut alat pemadam api diserahkan kepada setiap tuai rumah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha