ARTIKEL

Timuran Kembangan Peroleh Lesen Sah MIDA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keterujaan bagi Syarikat Timuran Kembangan Sdn. Bhd. untuk
menjalankan aktiviti kitar semula sisa terjadual bagi menghasilkan minyak bahan api ringan kitar semula.

Ia berikutan permohonan dikemukakan syarikat yang berpangkalan di Demak Laut itu untuk mendapatkan lesen yang sah bagi pelaksanaan aktiviti berkaitan, mendapat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pengarah Urusan, Timuran Kembangan Sdn. Bhd., Datuk Johnny Ting Su King berkata, pihaknya menerima surat pemakluman berhubung perkara itu baru-baru ini.

Menurut Johnny, ia menjadi penanda aras pihaknya untuk melaksanakan proses atau aktiviti kitar semula sisa terjadual dengan lebih komprehensif selepas ini.

“Kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kementerian terbabit (MIDA) yang memberi kelulusan untuk lesen sah pengendalian aktiviti kitar semula sisa terjadual untuk menghasilkan bahan api ringan kitar semula itu.

“Ia diharap menjadi pemangkin kepada hala tuju sebenar syarikat (Timuran Kembangan Sdn. Bhd) selepas ini,” ujar Johnny kepada Suara Sarawak.

Menurut Johnny, Timuran Kembangan Sdn. Bhd. merupakan syarikat tunggal yang mendapat kelulusan lesen sah berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School