ARTIKEL

KUNJUNGAN HORMAT...Datuk Johnny Ting Su King (tengah) dan Kr Kiing Sie Ying (tiga dari kiri) dan yang lain merakam gambar kenangan.

Timuran Kembangan Terima Kunjungan Hormat Ahli Majlis MBKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat Timuran Kembangan Sdn. Bhd. menerima kunjungan hormat rombongan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Demak Laut, semalam.

Rombongan terbabit diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Projek Kitar Semula MBKS/Pangsapuri, Kr Kiing Sie Ying.

Mengulas kunjungan hormat berkenaan, Kiing Sie Ying menegaskan ia merupakan satu program untuk memperkukuh libat urus dengan pihak penggiat industri tempatan serta mendalami pemahaman tentang amalan industri yang mampan.

Beliau menyatakan, syarikat Timuran Kembangan pakar dalam libat urus kitar semula berkaitan minyak masak terpakai dan minyak industri.

Ia sekali gus memberikan sumbangan signifikan dalam perlindungan alam sekitar dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

“Pihak kita mengadakan kunjungan hormat terhadap pihak syarikat berkenaan dan melawat kilang terbabit,” ujar beliau kepada Suara Sarawak.

Ketibaan rombongan berkenaan disambut oleh Pengarah Urusan Timuran Kembangan, Datuk Johnny Ting Su King.

Rombongan terbabit diberi taklimat secara komprehensif oleh Datuk Johnny Ting berkaitan proses atau rutin syarikat berkenaan

Beliau akui, syarikat tersebut merupakan antara pelopor dalam bidang berkaitan di rantau ini, setelah membangunkan kepakaran dan infrastruktur lebih awal berbanding pihak yang lain.

“Usaha mereka bukan sahaja mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong ekonomi kitaran dengan menukar sisa menjadi sumber yang boleh diguna semula.

“Hal ini, sejajar dengan hala tuju masa depan Sarawak ke arah industri yang lebih hijau dan mampan, termasuk inisiatif sisa menjadi sumber serta strategi pembangunan rendah karbon,” menurut beliau.

Sementara itu, Datuk Johnny Ting menzahirkan ucapan penghargaan ke atas kunjungan hormat terbabit.

“Pihak kita amat menghargai komitmen rombongan terbabit atas kunjungan hormat dilakukan ini.

“Ia diharap dapat membentuk serta menjalin kerjasama dua hala lebih komprehensif,” tegas Datuk Johnny Ting.

Beliau berharap pihak MBKS dapat memberi peluang dan keutamaan kepada syarikat tempatan untuk libat urus kitar semula.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah