ARTIKEL

Tindakan pantas pasukan bomba berjaya selamatkan pejabat SK Sungai Amang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan daripada musnah dijilat api, di sini, petang tadi.

Kebakaran kecil itu bagaimanapun telah membakar dinding dan siling serta bahagian struktur kayu blok pejabat terbabit lebih kurang 10 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 4.39 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi.

Menurutnya kebakaran berpunca daripada elektrik berikutan api bermula pada papan suis utama yang berada di blok pejabat.

“Setibanya di lokasi operasi pemadaman awal dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos air dari jentera serta memecahkan siling pejabat untuk memadamkan bara api.

“Hasil pemeriksaan mendapati keluasan keseluruhan blok pejabat sekolah ialah 120×20,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia