ARTIKEL

Tindakan pantas penghuni, selamatkan kediaman mereka dari musnah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tindakan pantas penghuni rumah panjang di Kampung Sungai Teh, Ulu Suai di Batu Niah Miri telah berjaya menyelamatkan keseluruhan rumah panjang 25 pintu mereka daripada musnah dijilat api.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan kekuatan tujuh anggota yang diketuai oleh Mahamud Punya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 9.18 malam semalam.

“Kita terpaksa menggunakan jalan kelapa sawit yang berbatu ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba juga terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer dari simpang masuk ke rumah berkenaan kerana jentera berat tidak dapat memasukinya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, sebelum ketibaan pasukan bomba, penghuni rumah panjang telah membuat pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran sehingga padam sepenuhnya menggunakan 29 buah Alat Pemadam Api.

“Menurut saksi, kebakaran bermula pada bilik No. 17 dan merebak ke kiri dan kanan bilik iaitu bilik no. 16 dan no. 18.

“Kemusnahan dianggarkan 100 peratus daripada bilik no.17, manakala 90 peratus bilik no. 18 bahagian dapur dan 80 peratus bilik no.16 juga bahagian dapur,” jelasnya. Tegasnya lagi, kebakaran juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ulas beliau, pasukan bomba hanya membuat pemantauan bagi memastikan kebakaran telah padam sepenuhnya.

Sedang meninjau kerosakan

 

anggota bomba memantau keadaan

 

keadaan kediaman bilik no.17 yang musnah total

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha