ARTIKEL

Foto: Bernama

Tindakan tegas terhadap rasuah kekal jadi keutamaan kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISKANDAR PUTERI: Tindakan tegas terhadap rasuah kekal menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan negara mencapai kecekapan dan ketelusan yang lebih baik serta memudahkan urusan perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kestabilan yang terhasil daripada majoriti dua pertiga di Parlimen membolehkan kerajaan memastikan Malaysia memiliki tadbir urus yang lebih baik sekali gus membersihkan imej
negara yang kadangkala dikaitkan dengan tahap rasuah yang tinggi dan tadbir urus lemah.

“Sebab itulah, dengan tepat, mengapa tindakan tegas terhadap rasuah jelas menjadi keutamaan kerajaan dan kita mesti kekal konsisten untuk memastikan ia berterusan.

“Melalui langkah tadbir urus yang berkesan dan membawa negara keluar daripada rasuah, kita akan mencapai kecekapan dan ketelusan yang lebih baik serta mempermudah urusan
perniagaan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam ucapan pada Invest Malaysia Iskandar 2024 di sini hari ini.
– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha