ARTIKEL

MENURUN... Data terkini JPBN menunjukkan jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh yang ditempatkan di PPS menurun setakat jam 4 petang tadi.

Tinggal Satu PPS Beroperasi di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di Bahagian Miri susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan berkenaan.

Berdasarkan laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sehingga jam 4 petang, PPS Dewan Bulan Sabit Merah masih menempatkan mangsa yang terjejas.

“Bagi kejadian banjir, seramai dua mangsa daripada satu Ketua Isi Rumah (KIR) masih berada di PPS tersebut, menunjukkan trend penurunan,” menurut laporan itu.

Sementara itu, bagi insiden tanah runtuh, jumlah mangsa kekal seramai empat individu daripada satu KIR.

Dalam perkembangan berkaitan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suai Niah ditutup sepenuhnya selepas keadaan di kawasan terlibat disahkan selamat.

Secara keseluruhan, hanya satu PPS yang masih aktif di Bahagian Miri melibatkan enam mangsa daripada dua KIR dengan trend pemindahan dilaporkan semakin menurun.

“Semua agensi berkaitan akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” tambah kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat