ARTIKEL

Tingkat infrastruktur ICQS Biawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemudahan infrastruktur serta utiliti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak yang dinaik taraf dipercayai mampu melonjakkan ekonomi penduduk tempatan.

ADUN Opar Billy Sujang berkata, ia dapat diperoleh melalui aktiviti pelancongan, pelancongan kesihatan dan transaksi perdagangan.

“Trend pergerakan individu keluar masuk antara dua sempadan ini telah meningkat lebih kurang 10,000 orang setiap bulan berdasarkan maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

“Disebabkan itu, adalah sangat penting persekitaran kampung Biawak ini dibangunkan sebagai sebuah bandar sempadan agar lebih berdaya saing seperti yang terdapat di Bukit Kayu Hitam di Kedah,” katanya pada perbahasan menyokong usul penghargaan atas ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak di persidangan DUN, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa peluang perniagaan kepada penduduk tempatan dapat dibuka apabila Pelabuhan Darat, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan produk pertanian (CPPC), Stesen Transit Bas Antarabangsa, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kedai Bebas Cukai, dan pusat komersial dapat diwujudkan.

“Justeru, harapan saya agar Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kementerian lain dapat meneliti perkara ini agar ia dapat direalisasikan,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah