Tingkatkan ekonomi melalui pelancongan

MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin menyeru semua pihak industri pelancongan mempromosikan Sarawak ke taraf antarabangsa untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Menurutnya, melalui program Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), promosi sepatutnya bukan sahaja untuk menggalakkanmasyarakat setempat dapat melancong ke tempat lain, tetapi turut mempromosikan Sarawak terutamanya Miri kepada orang luar.

“Saya mencadangkan agar agensi dalam pelancongan menawarkan dan memperkenalkan pakej kepada rangkaian agensi pelancongan luar negara yang mempunyai kerjasama dengan mereka.

“Misalnya, syarikat pelancongan luar negara yang melakukan promosi di sini, kita boleh meminta kerjasama mereka untuk turut mempromosikan tempat pelancongan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Matta Fair 2019 di e-Mart Riam di sini, semalam.

Kim Shin berkata, ia satu hubungan dua hala yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam industri pelancongan. Sementara itu, Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Sarawak dan pihak industri pelancongan swasta bekerjasama dalam mempromosikan pakej pelancongan yang menarik di Sarawak khususnya bandar seperti Miri kepada pelancong dari negara jiran.

Katanya, kerjasama penting untuk meningkatkan kemudahan pelancongan di bandar bagi memenuhi jangkaan pelancong yang mencari kemudahan dan perkhidmatan kelas pertama.

“Ini juga dapat mempromosikan negeri kita apabila aktiviti dan pengalaman yang diperoleh daripada komuniti tempatan dibawa balik oleh pelancong luar negara.

“Selain itu, dengan kemudahan seperti pengangkutan udara dan visa yang lebih baik untuk pelancong, saya yakin Sarawak terutamanya Miri akan menarik lebih banyak pengunjung dan meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama,” jelasnya.

Kok Liang memaklumkan, Matta Fair kali ini membawa 40 meja pameran daripada 25 syarikat dan or- ganisasi pelancongan serta perkh- idmatan pengangkutan dengan jualansasaransehinggaRM3juta.

“Di Matta Fair ini, pengunjung dapat meneroka pakej pelancongan yang menarik di samping menawarkan lebih banyak tawaran yang jauh lebih murah.

“Saya percaya bahawa Matta Fair akan menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan Sarawak terutamanya Miri,” tambah beliau.

Katanya, beliau percaya pelan- congan di Sarawak akan terus berkembang dengan aktiviti pelan- congan yang ada dan kerjasama dengan pihak industri pelancongan.

Suara Sarawak