ARTIKEL

Dr. Lydia Yet (empat dari kiri) dan Dr. Ngian Hie Ung (tiga dari kiri) merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di HUS. | Foto: Ramidi Subari

Tingkatkan kesedaran pendermaan organ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pendermaan organ merupakan sifat perikemanusiaan yang mendatangkan peluang kedua kepada pesakit.

Majlis perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang mengangkat slogan “Warisku, Hormati Ikrarku” ini mengingatkan kita bahawa ikrar pendermaan organ bukan sekadar di atas kertas, namun wasiat kasih sayang.

Dr. Lydia Yet ketika memberi ucapan dalam majlis perasmian program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ. | Foto: Ramidi Subari

Ketua Perolehan Organ Hospital Umum Sarawak, Dr. Lydia Yet berkata, unit pendermaan organ hospital yang ditubuhkan pada 2022 ini berperanan dalam mengenal pasti penderma yang berpotensi.

“Penderma berpotensi ialah pesakit yang disahkan kematian otak… mempunyai kriteria bersesuaian mengikut keperluan kes dialami dan melayakkan organ tersebut didermakan kepada pesakit memerlukan.

“Kali terakhir organ diperoleh adalah pada 2015. Pada 2024, kami berjaya menemui seorang penderma tisu dan seorang penderma organ.

Bagi tahun 2025 belum ada penderma direkodkan setakat ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) kecuali satu di Miri,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di HUS di sini, hari ini.

Tambahnya, unit ini turut menyelaras perolehan organ dan tisu di peringkat hospital dan mengkoordinasi dengan pusat pemindahan nasional.

“Tanggungjawab bagi mempromosikan kesedaran topik ini kepada masyarakat turut menjadi tugas kita dan ia bermula daripada kakitangan HUS sendiri.

“Saya percaya bahawa usaha pada hari ini mungkin belum kelihatan, namun suatu hari nanti setiap langkah kecil tersebut akan menjadi berharga kerana ia menyelamatkan nyawa,”jelasnya.

Beliau turut menyeru orang ramai memanfaatkan acara tersebut sebagai seruan untuk membuka hati dan peluang memperoleh maklumat tepat bagi sesiapa yang ingin menjadi penderma.

“Marilah kita bersama-sama jadikan pendermaan organ sebagai satu legasi kasih sayang, amal jariah yang abadi dan warisan yang benar-benar menyelamatkan nyawa,”ujarnya. — NATALLIE ROVELYN BONG (Pelatih UNIMAS)

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu