ARTIKEL

Tingkatkan mutu khidmat bas henti-henti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 11 syarikat pengusaha bas henti-henti sudah memohon dan layak menerima Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB), jelas Pengarah LPKP Sarawak Razami Mohamad Jamali.

Menurutnya, syarikat itu ialah Petra Jaya Transport (S) Sdn Bhd, Biaramas Express Sdn Bhd, Bau Transport Company Sdn Bhd, City Public Link Bus Service Sdn Bhd, Lanang Road Bus Company Berhad, Rejang Transport Sdn Bhd, Sungei Merah Bus Berhad, Teku Road Bus Co Sdn Bhd, Miri Transport Co Sdn Bhd, Miri City Bus Sdn Bhd, Miri Belait Transport Company Sdn Bhd.

Sehubungan itu, majlis menandatangani perjanjian DBSPB dengan syarikat bas henti-henti diadakan di LPKP Sarawak di sini, baru-baru ini.

Razami berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia memperuntukkan dana sebanyak RM5.6 juta bagi Sarawak untuk 2019. Dana itu jelasnya, diperkenalkan oleh SPAD pada 2012 dan ditambah baik dengan memeterai perjanjian antara Kementerian Pengangkutan dan syarikat pengusaha bas berhenti-henti.

“DBSPB bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bas awam, tetapi juga untuk meningkatkan persepsi dan keyakinan penumpang terhadap kualiti perkhidmatan bas awam.

“Bagi mencapai sistem perkhidmatan bas bertaraf dunia, penting bagi kerajaan menyokong pengusaha bas henti-henti ini meneruskan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik serta kondusif dalam industri pengangkutan awam,” katanya dalam majlis tersebut.

Beliau turut menambah, objektif DBSPB adalah menangani kerugian dalam operasi harian pengusaha bas bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan bas dan menggalakkan syarikat memulihkan laluan yang ditamatkan perkhidmatannya.

Selain itu, kata Razami, ia juga mendorong pengusaha bas hentihenti untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaiki keadaan fizikal bas mereka.

Pada masa sama, katanya, syarikat bas henti-henti harus menyediakan dokumen yang lengkap seperti kos operasi dan penyelengaraan bagi memudahkan urusan pemberian dana.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan