ARTIKEL

Tingkatkan pendapatan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula gaji minimum merupakan satu tindakan yang baik, namun kerajaan harus melihat bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang bagaimanapun berkata, Kerajaan Sarawak melakukan yang terbaik untuk mengurangkan beban rakyat dengan membantu golongan yang memerlukan, mengurangkan cukai taksiran, memberi diskaun untuk bil air dan elektrik dan pelbagai lagi bantuan.

“Ada dapat lihat, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem telah mengurangkan cukai taksiran untuk penduduk. “Kini di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM1 juta setiap tahun kepada semua Adun GPS untuk membaik pulih dan membina semula rumah dan rumah panjang di kawasan masing-masing.

“Dengan inisiatif tersebut, kehidupan rakyat terutamanya golongan yang memerlukan akan bertambah baik. “Ini kerana sebahagian daripada pendapatan mereka tidak lagi perlu digunakan untuk membaik pulih rumah mereka kerana wang itu boleh digunakan untuk keperluan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan projek PPRMS di Kampung Lidah Tanah di sini. “Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat mengurangkan kadar cukai pendapatan. Ini agar rakyat mempunyai wang simpanan,” kata Khere Chiang.

Tambahnya, pendapatan individu bergantung kepada kepakaran yang diperlukan, oleh demikian, pasaran akan membayar gaji pekerja berdasarkan keadaan pasaran. “Tindakan yang baik untuk mengkaji semula gaji minimum, namun begitu kita juga harus menggalakkan rakyat untuk bekerja.

“Salah satu caranya ialah melalui pendidikan kerana dengan pendidikan, anda boleh mengubah nasib keluarga. “Oleh sebab itu, saya berharap Kerajaan Persekutuan memberi semula autonomi pendidikan dan kesihatan kepada kita. “Rakyat Sarawak mahu menjaga semula kedua-dua bidang ini,” tegasnya.

Pengerusi MPP itu memberitahu, memberi pendidikan yang terbaik penting untuk memajukan masyarakat. “Seperti Singapura, mereka tiada apa-apa dari segi sumber alam semula jadi, namun mereka mempunyai banyak wang. “Jadi, dari mana kekayaan ini datang? Jawapannya ialah rakyatnya mempunyai pendidikan yang baik,” kata Khere Chiang.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Pekerja berkata, kadar gaji minimum dikaji semula bagi memastikan pendapatan pekerja kekal relevan sejajar dengan keadaan ekonomi semasa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan