ARTIKEL

Datuk Martin Ben, John Ilus merakam gambar bersama-sama penduduk di ladang jagung Kampung Labak Tungan. Foto UKAS

Tingkatkan Pengeluaran Melalui Projek Pembesaran Ladang Jagung Labak Tungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Projek pembesaran Ladang Jagung Kampung Labak Tungan di bawah Projek Fasa 2 Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dijangka menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengeluaran jagung di Daerah Serian, sekali gus memperkukuh agenda sekuriti makanan Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben berkata, pelaksanaan projek berkenaan bukan sahaja mampu meningkatkan hasil tanaman jagung, malah memberi kesan positif dalam pembangunan sektor pertanian serta menjana pendapatan komuniti setempat.

Beliau berkata, ladang berkenaan berpotensi menjadi antara pemangkin utama dalam meningkatkan pengeluaran jagung di Serian, selaras usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan import makanan ternakan.

“Ladang ini mempunyai potensi untuk menjadi salah satu pemangkin utama meningkatkan pengeluaran jagung di Serian, sekali gus menyokong usaha kerajaan memperkukuh sekuriti makanan negeri,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Ladang Jagung Kampung Labak Tungan di sini, semalam.

Jentera digunakan untuk menuai jagung di ladang jagung Kampung Labak Tungan. Foto UKAS

Sementara itu, ADUN Bukit Semuja, John Ilus berkata, projek pembesaran ladang tersebut di bawah GKCDA Fasa 2 menerima peruntukan sebanyak RM3.5 juta.

Menurutnya, kerajaan turut memperuntukkan RM7.6 juta bagi pembinaan jalan akses serta pusat pengumpulan jagung bagi memperkukuh operasi ladang dan memudahkan pemasaran hasil pertanian, dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai agensi pelaksana.

Katanya, ketika ini Ladang Jagung Kampung Labak Tungan meliputi kawasan seluas 6.13 hektar bagi Fasa 1 dan hanya mampu menghasilkan dua musim tuaian setahun.

John berkata, sehingga Mei 2026, Sarawak membelanjakan kira-kira RM160 juta bagi import makanan ternakan, manakala jumlah perbelanjaan import bijirin dan makanan haiwan sepanjang 2025 mencecah RM429 juta.

Beliau berkata, kejayaan projek pembesaran Ladang Jagung Kampung Labak Tungan berpotensi mengurangkan kebergantungan Sarawak ke atas makanan ternakan import sehingga 30 peratus.

Menurutnya, pengurangan itu bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan negeri, malah memperkukuh rantaian bekalan makanan tempatan melalui peningkatan pengeluaran pertanian domestik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai