ARTIKEL

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin | Bernama

Tingkatkan permintaan bahan api mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumpul input berkaitan untuk digunapakai di dalam Dokumen Strategi Nasional Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) melalui beberapa siri bengkel dan perbincangan bersama pihak industri dan pemegang taruh.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Chan Foong Hin berkata dokumen yang sedang dibangunkan KPK bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu kini berada di peringkat perbincangan awal sebelum dimuktamadkan untuk tindakan seterusnya.

Katanya dokumen berkenaan dijangka dapat dimuktamadkan setelah mengambil kira semua faktor dari segi pengeluaran, permintaan, perkembangan teknologi dan pelaksanaan mandat SAF oleh negara serantau.

“Sesi perbincangan lanjut bersama pihak MITI akan diadakan pada suku pertama 2026.

“Susulan itu, kerja-kerja merangka dan menyemak draf akhir dokumen akan diteruskan sehingga penghujung 2026, sebelum dibawa ke Jemaah Menteri pada awal 2027,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara semalam.

Chan menjawab soalan Senator Che Alias Hamid yang bertanya mengenai jangkaan masa bagi memuktamadkan Dokumen Strategi Nasional SAF bagi menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi antara pengeluar utama SAF dunia.

Beliau berkata kerajaan kini sedang merangka pengenalan mandat adunan SAF bagi menggalakkan permintaan kepada bahan api mampan itu. “Pengenalan mandat adunan SAF akan dicadangkan untuk bermula dengan satu peratus dan akan ditingkatkan secara progresif mengikut kesesuaian dan keperluan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk