ARTIKEL

Tipu jual beli gong, penganggur dipenjara 12 bulan dan sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menipu seorang penjual alat-alat muzik tradisional.

Tertuduh Deniro Mathiew, 27, dari Kampung Rituh Mawang mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menipu mangsa lelaki berusia 32 tahun di hadapan sebuah klinik kerajaan di Kota Padawan, kira-kira jam 3 petang, 19 Januari lalu.

Oleh itu, Deniro didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika disabit bersalah.

Menurut fakta kes, semasa kejadian mangsa ditemani rakannya bernama Jerry untuk berjumpa seorang kenalan mereka yang digelar ‘Rambo Serian'(tertuduh) untuk urusan penjualan gong tradisional.

Rakan mangsa meminta tertuduh untuk mencari pembeli gong tradisional selain mangsa juga telah menunjukkan sembilan buah gong pelbagai saiz yang disimpan dalam bonet keretanya.

Tertuduh kemudian memilih salah satu gong untuk ditunjukkan kepada pembeli dan menyuruh mangsa serta rakannya menunggu di kedai makan berdekatan kawasan perumahan Landeh.

Namun demikian, tertuduh tidak datang setelah menunggu lebih tiga jam di tempat terbabit.

Selain itu, mangsa juga gagal menghubungi semula tertuduh, anggaran kerugian yang dialaminya sekitar RM1,200.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menjual gong terbabit ke sebuah syarikat kitar semula dan tidak memberikan hasil jualan kepada mangsa selain telah melarikan diri.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha