ARTIKEL

TNB guna kenderaan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030, berjumlah lebih 1,000 kenderaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Baharin Din (gambar) berkata langkah strategik ini selari dengan aspirasi Malaysia neutral karbon menjelang 2050.

“Dalam langkah penting ke arah merealisasikan komitmen ini, TNB mempercepatkan peralihan kepada EV dengan menggunakan 98 unit baharu merangkumi 78 trak pikap elektrik dan 20 van elektrik.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan EV dalam kumpulan kenderaan operasi TNB kepada 127 buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan. Baharin berkata komitmen besar ini menyumbang secara signifikan kepada sasaran kerajaan untuk mencapai 20 peratus jualan EV menjelang 2030, selaras dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020.

Katanya peralihan kepada EV oleh TNB diunjurkan menghasilkan pengurangan tahunan sebanyak 2,200 hingga 4,833 tan karbon dioksida, bersamaan dengan kirakira 88,000 hingga 193,320 pokok sebagai pengimbang menjelang 2030

. “Manfaat ekonomi daripada inisiatif penggunaan EV oleh TNB adalah besar, dengan jangkaan penjimatan kos antara 35 peratus dan 86 peratus untuk pembaikan dan penyelenggaraan serta 25 peratus hingga 70 peratus kos tenaga lebih rendah berbanding kenderaan bahan api fosil konvensional.

“TNB turut menjangka pengimbangan tahunan kira-kira enam peratus hingga 12 peratus dalam perbelanjaan bahan api fosil,” katanya.

Baharin berkata TNB bukan sahaja berdedikasi untuk mempercepatkan penggunaan EV menjelang 2030 tetapi juga memberi tumpuan kepada peningkatan semula kemahiran untuk industri EV, membina infrastruktur pengecasan, menaja kajian berkaitan EV dan memupuk kerjasama dalam kalangan pemain sektor EV.

“Hab Latihan EV TNB, yang ditubuhkan oleh TNB ILSAS, menawarkan peningkatan semula kemahiran untuk industri EV, memfokuskan kepada pengetahuan asas seperti penyimpanan bateri asas dan teknologi EV,” katanya, sambil menambah sesi latihannya diperakui oleh badan antarabangsa.

Bagi mengukuhkan ekosistem EV yang semakin berkembang di Malaysia, Baharin berkata TNB merancang untuk memperluas infrastruktur pengecasan EV kepada lebih 500 stesen pengecasan pada 2025 di seluruh negara, sebagai sokongan kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). – Bernama

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah