ARTIKEL

RAIKAN KEMENANGAN... Mohamad Duri serta tetamu lain bergambar kenangan bersama pasukan Todak Berjaya dan Putera Todak seusai majlis penyampaian hadiah Regata Kalaka Edisi 2025 di tebingan Sungai Krian, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Todak Berjaya cipta hatrik di Sungai Krian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pasukan Todak Berjaya mencipta hatrik di laman sendiri apabila sekali lagi mengungguli acara akhir Bidar 30 untuk tahun ketiga berturut-turut yang berlangsung di Sungai Krian, sebentar tadi.

Kejuaraan tersebut mengesahkan gelaran Raja Sungai Regata Kalaka Edisi 2025 tidak jatuh ke tangan pasukan lain.

Ternyata, Sungai Krian dilanggar todak lagi buat kali ketiga selepas 2023 dan 2024.

Kemenangan Todak Berjaya yang menggunakan jentera bernombor 9 melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM16,500 beserta Piala Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Apa yang menarik, sepanjang perlumbaan, Todak Berjaya seolah-olah selesa menuju ke garisan penamat, jauh meninggalkan pesaing lain.

Lebih manis, mengiringi Todak Berjaya ialah “adik” mereka, iaitu Putera Todak yang muncul naib juara.

Jentera milik D’Prauk Cafe itu membawa pulang hadiah wang tunai RM9,900.

Sementara itu, tempat ketiga disandang Burung Garuda dari Kampung Tambak, milik Sabini Awi.

Jentera bernombor 40 itu menerima hadiah RM4,400.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Secara keseluruhan, ramai pihak menggeleng kepala apabila pasukan “pilihan” yang mendominasi dua acara akhir Bidar 20 dan Bidar 25, iaitu Landas Azam Kasihnya Warisan, gagal menonjol pada acara utama petang ini.

Selain Bidar 20 dan Bidar 25 yang dikuasai Landas Azam Kasihnya Warisan, Bidar 10 pula dimenangi Waris Temudok Baru.

Manakala Cahaya Puteri Krian N.39 Krian menjuarai acara akhir Bidar 15.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU