ARTIKEL

Tokan dadah dicekup bersama 5.1 gram syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki dipercayai tokan ditangkap bersama 5.1 gram dadah disyaki syabu di kawasan Perindustrian Kidurong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Bartholomew Umpit berkata, suspek lelaki warga tempatan berumur 31 tahun itu ditangkap oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis(IPD) Bintulu.

Beliau berkata siasatan awal polis, dipercayai dadah tersebut untuk pengedaran di sekitar kawasan Kidurong dan dapat digunakan untuk 50 orang penagih.

Lelaki tempatan dipercayai tokan dadah ditangkap di kawasan Perindustrian Kidurong, pada Jumaat.

“Hasil ujian saringan polis juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, suspek boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali.

“Manakala, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan dua tahun,”ujarnya.

Dadah jenis syabu yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan di kawasan Perindustrian Kidurong, pada Jumaat.

Menurutnya, tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Bintulu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini diseru untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta