ARTIKEL

Chia (dua kanan) bersama-sama kakitangan JKR Miri melawat Tokong Tua Pek Kong, hari ini. | Foto: UKAS

Tokong Tua Pek Kong di Miri terima RM500,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tokong Tua Pek Kong yang merupakan antara struktur keagamaan tertua dan bersejarah di Miri menerima peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tujuan kerja baik pulih dan penambahbaikan bangunan.

Peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Piasau itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

“Ia sebagai usaha berterusan memelihara warisan budaya dan sejarah masyarakat tempatan, khususnya di kawasan Piasau,”ujar beliau.

Tambah ADUN Piasau itu, pelaksanaan projek tersebut memerlukan penelitian rapi kerana membabitkan struktur bersejarah dan elemen seni bina tradisional.

“Bangunan seperti Tokong Tua Pek Kong memerlukan perhatian khusus kerana ia melibatkan seni ukiran halus serta elemen budaya yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian diwakili Pegawai Khas Chia Kar Furng yang hadir bagi tinjauan keadaan semasa tokong berkenaan selain mengadakan perbincangan bersama-sama kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri dan Pengerusi Tokong Tua Pek Kong, Tay Choon Wei.

Menjelas lanjut, beliau berkata sekiranya projek itu ditender secara terbuka tanpa penilaian kepakaran kontraktor dalam seni bina tradisional, ia dikhuatiri akan menjejaskan nilai warisan serta kualiti kerja.

“Hanya kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam kerja pemuliharaan bangunan tradisional akan dipertimbangkan agar hasilnya menepati nilai estetika dan sejarah tokong tersebut,”tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,