ARTIKEL

Tolak tawaran jadi menteri perkara biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan ahli parlimen yang menolak tawaran untuk menjadi menteri atau timbalan menteri adalah normal, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri Perpaduan selepas menyempurnakan Seminar Fatwa Peringkat Negeri di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini baru-baru ini.

“Ia adalah normal malah hari ini beliau berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan perkara itu,” katanya ringkas.

King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) menolak untuk menjadi Timbalan Menteri Perpaduan selepas mencapai kata sepakat dengan ahli partinya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PDP, Datuk Nelson Balang Rining berkata, jawatan terbabit tidak sesuai dengan King Sing yang merupakan presiden parti dan berkhidmat dalam tempoh yang lama sebagai ahli parlimen.

King Sing bukan ahli parlimen pertama dari Sarawak yang menolak jawatan sebagai timbalan menteri apabila sebelum ini, Datuk Joseph Salang Gandum turut membuat tindakan sama.

Pada tahun 2013, Naib Presiden PRS itu menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam kabinet Persekutuan. Salang ketika itu mendedahkan yang beliau tidak berpuas hati dengan pelantikan terbabit.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU