Tolong cari anak saya!, Kanak-kanak hilang di ladang sawit

PANTU: Anak kecil berusia tiga tahun 11 bulan yang ditinggalkan keseorangan oleh bapanya dekat pondok kecil di kawasan ladang sawit Rapak Baru dekat sini dilaporkan hilang.

Anak tersebut dikenali sebagai Igih Ben.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman memberitahu, siasatan awal mendapati pada sebelah pagi Igih mengikuti bapa dan datuknya yang ditugaskan menjadi pemandu arah kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk pergi ke hutan.

“Bagaimanapun, menyedari laluan menuju ke pokok yang hendak ditanda itu terpaksa mendaki bukit yang curam, maka si bapa bertindak meninggalkan anaknya di sebuah pondok kecil.

“Igih ketika ditinggalkan hanya dibekalkan sebotol susu sebelum mereka meneruskan perjalanan,”katanya.

Berita lanjut Suara Sarawak esok.

Suara Sarawak