HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan.
Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan hubungan mereka, namun masih mengekalkan hubungan baik dengan Elsina.
Terdahulu, berita percintaan Tom dan Elsina, 36, mula tersebar pada Disember tahun lalu.






