PELAKON, Tom Sizemore, 61, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami aneurisme (bengkak salur darah) otak di rumahnya pada Sabtu lalu.
Menurut pengurusnya, Charles Lago memaklumkan Sizemore dirawat di sebuah hospital di Los Angeles selepas ditemui pengsan sekitar 2 pagi.
Sehingga laporan ini ditulis, belum ada maklumat lanjut berkaitan Sizemore.
“Keluarganya hanya berharap agar dia sedar semula dan berada dalam keadaan baik.”
“Masih terlalu awal untuk bercakap situasi pemulihannya kerana dia berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi,” katanya memetik laporan media.




