ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15). | BERNAMA

TPM Fadillah tiba di Busan, ketuai delegasi Malaysia ke APEC EMM15

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUSAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan pada Isnin, 4.45 petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15).

Ketibaan Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid.

Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Mareena Mahpudz turut serta dalam delegasi itu.

Fadillah berada di Busan sehingga 29 Ogos sempena mesyuarat berkenaan serta beberapa lawatan kerja.

APEC EMM merupakan mesyuarat peringkat menteri di bawah kerangka APEC dan kesinambungan daripada sesi terdahulu yang berlangsung di Lima, Peru tahun lepas.

Antara agenda utama mesyuarat adalah perbincangan mengenai dasar dan inisiatif sektor tenaga selain usaha menggalakkan kerjasama serta pelaburan dalam kalangan ekonomi APEC.

Korea Selatan menjadi tuan rumah pada edisi kali ini, dengan tema mesyuarat “Accelerating Sustainable, Affordable, Reliable, Secure and Innovative Energy for a Prosperous Future.”

Hasil mesyuarat akan dimuktamadkan melalui satu Kenyataan Bersama Menteri-Menteri Tenaga APEC (JMS).

Fadillah turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Korea Selatan, Hong Kong, China, New Zealand dan Brunei bagi memperluas jaringan kerjasama dalam bidang tenaga, khususnya yang menyokong agenda peralihan tenaga negara. 

Di samping itu, beliau juga akan mengadakan lawatan kerja ke Korea Hydro and Nuclear Power (KHNP), Saeul Nuclear Power Plant dan Doosan Enerbility, serta kunjungan ke Gangbyeon Wastewater Treatment Plant di Busan.

Fadillah turut dijangka menghadiri sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia di bandar raya itu. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai