SARAWAK bukan sahaja terkenal dengan kepel-bagaian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, malah Bumi Kenyalang ini turut dikenali sebagai salah satu lokasi menarik untuk menikmati sam-butan perayaan di Malaysia.
Bunyinya mungkin tidak begitu penting, namun bagi masyarakat tempatan, ia bagaikan satu tradisi yang menjadi platform tercetusnya ikatan perpaduan yang kukuh masyarakat berbilang kaum.
Hal ini demikian, sambutan perayaan utama negara, iaitu Hari Raya Aidilfitri yang mula disambut pada 21 Mac lalu, seolah-olah tiada penghujung apabila masih terdapat kawasan di bandar mahupun kampung yang melaksanakan program rumah terbuka atau majlis ramah-tamah bagi menyambut perayaan tersebut.
Pendek kata, keunikan Sarawak dalam menyambut Aidilfitri selama sebulan boleh dikatakan sebagai salah satu rahsia mengapa negeri ini kaya dengan adab perpaduan masyarakat walaupun hidup dalam kepelbagaian kaum dan budaya.
Budaya ini terbukti menerusi penganjuran majlis ramah-tama Majlis turut dihadiri Ahli Tradisi sebulan raya satukan Sarawak
Aidilfitri yang diadakan oleh kampung di daerah Simunjan baru-baru ini. Hampir 1,000 penduduk tempatan memenuhi dewan program untuk bersama-sama memeriahkan suasana sambutan yang diserikan dengan pelbagai juadah makanan tradisional dan moden.

Semestinya makanan tradisional seperti ketupat, lemang, kuih-muih dan keliya (kari ayam masakan tradisional) menjadi hidangan utama tatkala pengunjung mula membanjiri Dewan Muhibah Kampung Kelka seawal jam 7.00 malam.
Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Awla Idris.
Menurut Awla, beliau tidak menyangka jumlah kehadiran pengunjung begitu ramai sehingga memenuhi dewan majlis, sekali gus membuktikan amalan mengekalkan budaya menyambut sebulan beraya di Sarawak masih utuh dalam kalangan masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Simunjan.
“Saya melihat semakin banyak perubahan yang berlaku. Kita sebagai orang dewasa dikalahkan dari segi jumlah kehadiran generasi muda untuk meraikan majlis-majlis yang menjadi pemangkin usaha merapatkan silaturahim apabila tiba musim perayaan.
“Saya melihat golongan belia dan anak-anak kita komited untuk hadir, dan sudah pasti harapan saya agar kita sebagai ibu bapa terus mendidik anak-anak untuk mengekalkan budaya sebegini pada masa akan datang,” katanya.
Jelas Awla, majlis ini menjadi bukti kejayaan masyarakat di Simunjan menerapkan toleransi antara kaum serta menarik golongan belia untuk turut memeriahkan suasana.
“Dewan pada malam ini penuh dan saya kira pengunjung yang hadir bukan sahaja dari Kampung Kelka, malah ada juga dari luar kawasan yang datang memberi sokongan terhadap majlis yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kampung.
“Inilah yang kita mahukan. Saya difahamkan majlis ini hanya dijangka dihadiri sekitar 300 orang, namun kemeriahan pada malam ini jelas dapat dilihat. Hal ini menunjukkan budaya masyarakat Sarawak yang menyambut Hari Raya selama sebulan bukan sekadar omong kosong, sebaliknya terbukti melalui kehadiran serta sokongan para pengunjung.
“Janganlah budaya ini ditelan zaman. Biarlah ia diteruskan dengan pembabitan generasi muda agar dapat dikekalkan pada masa akan datang demi memupuk perpaduan yang kukuh antara kaum di Sarawak,” katanya.
Seiring dengan tema majlis, iaitu “Kelkaku Bersatu”, Awla menegaskan objektif penganjuran majlis ini berada pada landasan tepat, berdasarkan semangat yang ditunjukkan. sejak awal sehingga kepada penerimaan masyarakat terhadap program yang dilaksanakan.
Katanya, semangat kekitaan yang dipamerkan memastikan kelancaran program membuahkan hasil memberangsangkan, termasuk dari segi seni reka hiasan yang menghiasi dewan pada malam tersebut.
Hasil kerjasama erat penduduk kampung berkenaan, majlis berjaya dilaksanakan dengan meriah, di samping pameran di sekitar dewan yang menarik perhatian pengunjung untuk merakam gambar kenangan serta menikmati juadah makanan yang menyelerakan.

Sementara itu, Rodiyah dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah kepada penganjur yang terdiri daripada JKKK Kelka Hilir, Kelka Tengah dan Kelka Ulu atas penganjuran majlis yang dilaksanakan dengan begitu meriah dan penuh kemesraan.
Katanya, pihak penganjur berjaya membuktikan kolaborasi bersama-sama masyarakat membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam menjayakan program tersebut.
“Saya amat menghargai kerjasama daripada semua lapisan masyarakat termasuk ahli jawatankuasa, golongan belia, kaum ibu serta tukang masak yang bertungkus lumus. Mereka bergotong-royong dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan majlis pada malam ini.
“Apabila kita berkumpul dalam majlis seumpama ini, inilah satu majlis yang sangat bermakna dalam menghidupkan semangat kekeluargaan dalam komuniti, mengeratkan lagi silaturahim serta memperkukuh perpaduan masyarakat, khususnya di Kampung Kelka,” katanya.
Sepanjang sambutan Hari Raya kali ini, Rodiyah mendedahkan sambutan perayaan di Batang Sadong antara yang paling menarik berikutan setiap lokasi mempunyai keunikan dan budaya yang berbeza.
“Jika kita di Sadong, terdapat makanan Bugis, manakala di Simunjan pula saya paling suka ketupatnya. Itulah yang paling saya banggakan tentang keseluruhan sambutan Hari Raya di kawasan Batang Sadong, termasuk di Simunjan dan Kelka.
“Setiap tahun, saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri majlis ramah-tamah di Kampung Kelka ini kerana kita menyaksikan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat di Simunjan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, Simunjan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.
Tegasnya, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa meneruskan pelbagai inisiatif pembangunan termasuk memperkukuh infrastruktur di negeri ini.
“Kita di Simunjan tidak ketinggalan, sama seperti daerah lain yang kini berada dalam fasa perancangan pembangunan berterusan.
“Saya mengharapkan kerjasama berterusan daripada masyarakat serta pimpinan akar umbi untuk sentiasa bekerjasama agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancarn dan memberi manfaat kepada penduduk tempatan,” katanya. Beliau turut menggesa golongan muda melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta memupuk semangat keusahawanan bagi membolehkan mereka bersaing dan merebut peluang pembangunan yang disediakan.
“Kita dapat melihat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, Simunjan akan mengalami transformasi besar.
“Jadi, saya sentiasa mengingatkan golongan muda agar melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, disiplin dan semangat keusahawanan supaya mampu bersaing serta merebut setiap peluang pembangunan yang ada,” ujarnya.


