WARNER Bros. Pictures mempersembahkan filem penuh debaran dan misteri terbaharu mereka iaitu ‘Trap’, mengisahkan penangkapan seorang pembunuh bersiri bernama Cooper yang dikenali dengan jolokan ‘The Butcher’.
Cooper, watak utama dalam filem ini dilakonkan oleh pelakon berbakat dan kacak, Josh Hartnett.
Dikenali dengan lakonannya sebagai Ernest Lawrence dalam filem ‘Oppenheimer’ (2023), Hartnett sekali lagi membuktikan kemahiran lakonannya yang mengagumkan dalam ‘Trap’.
Dengan sentuhan Shyamalan yang terkenal dengan karya penuh misteri, ‘Trap’ diharapkan menjadi filem yang menghiburkan dan menegangkan.
Berdasarkan treler yang dikeluarkan di saluran YouTube, kisah dalam ‘Trap’ bermula apabila Cooper menemani anak perempuannya yang masih remaja menonton konsert idola anak perempuannya, Lady Raven.
Namun, suasana konsert yang awalnya meriah bertukar tegang.
Didedahkan bahawa konsert itu sebenarnya adalah perangkap untuk menangkap Cooper.
Dengan gabungan jalan cerita yang menegangkan, lakonan memukau daripada Josh Hartnett dan cerita oleh M. Night Shyamalan, ‘Trap’ dijangka menjadi salah satu filem yang ditunggu-tunggu peminat genre ‘thriller’ dan seram.
Adakah Cooper akan terlepas daripada perangkap?
Jom saksikan filem dengan kisah penangkapan penuh adrenalin dan misteri dalam filem ‘Trap’ yang ditayangkan di pawagam bermula 9 Ogos lalu.



