DARO: Banjir yang menunjukkan trend menurun sejak malam tadi, membolehkan jalan utama dari Daro ke Matu sudah boleh dilalui oleh kenderaan hari ini.
Ketua Balai dan Penyelamat Daro, Mohd Noor Abdullah berkata, faktor cuaca cerah tanpa hujan semalam, menyebabkan paras air sungai dan laluan kampung yang terjejas di Daro semakin surut.
Bagaimanapun katanya, air masih melimpah di atas jalan kampung setinggi kira-kira 0.6 meter namun keadaan masih terkawal.
“Ketika ini, keadaan cuaca mendung namun tidak hujan dan kita berharap keadaan akan menjadikan baik,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.
Beliau berkata, langkah berjaga-jaga juga masih diambil dengan pemantauan diteruskan daripada semasa ke semasa.
Bomba dan Penyelamat Daro melakukan pemantauan bermula jam 11.20 malam tadi di kawasan Pasar Daro, Sungai Daro, Kampung Tengah Daro, Kampung Pangtray dan Jalan Utama Matu- Daro.
Sehubungan beliau mengingatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dan perlu berjaga-jaga jika paras air terus meningkat.
Malah kataya, paras air banjir yang sukar diramal boleh mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak yang bermain air banjir.
“Sehubungan itu, saya meminta ibu bapa mengawasi pergerakan anak mereka di musim banjir ini bagi mengelak sebarang musibah lebih buruk. Jangan jadikan musim tengkujuh sebagai pesta air.
“Sebagai persediaan, anggota Balai dan Penyelamat Daro juga sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my