ARTIKEL

Trend solekan Naykilla Curi Perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUNIA kecantikan sentiasa berkembang dengan pelbagai trend baharu yang mencuri perhatian pengguna media sosial.

Terbaharu, gaya solekan yang diinspirasikan oleh penyanyi muda Indonesia, Naykilla, menjadi fenomena apabila ramai pengguna TikTok dan Instagram tampil mencuba penampilan berkenaan menerusi video kreatif masing-masing.

Gaya tersebut menampilkan kening berwarna merah, pembayang mata kuning dan hijau, kilauan pada kelopak mata, bibir berkilat serta sapuan pemerah pipi yang lebih menyerlah.

Hiasan kecil pada wajah turut melengkapkan penampilan unik itu, sekali gus menjadikannya mudah dikenali dalam kalangan peminat kecantikan.

Tidak terhad kepada solekan wajah, aksesori seperti sepit rambut dan pelekat berwarna-warni turut diletakkan pada rambut atau tudung bagi menambahkan unsur ceria dan luar biasa.

Populariti trend tersebut semakin meningkat selepas ramai pengguna media sosial menghasilkan kandungan “bersiap bersama saya” atau get ready with me (GRWM), tutorial solekan dan video transformasi dengan menggunakan lagu Naykilla berjudul My Mine Gueh sebagai muzik latar.

Setiap pengguna menampilkan kreativiti tersendiri menerusi pemilihan warna, aksesori dan teknik solekan, sekali gus menjadikan trend itu lebih pelbagai serta tidak terikat pada satu gaya sahaja.

Menariknya, trend solekan Naykilla bukan sahaja mendapat sambutan golongan dewasa dan peminat kecantikan, malah turut dicuba oleh kanak-kanak.

Lebih mencuit hati apabila trend berkenaan tidak hanya tertumpu kepada manusia, sebaliknya kucing turut menjadi sebahagian daripada kandungan kreatif yang dihasilkan oleh pemiliknya.

Ada yang menghias haiwan peliharaan mereka dengan aksesori berwarna-warni, manakala sebahagian pengguna memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej kucing dengan penampilan menyerupai gaya solekan Naykilla.

Fenomena itu menunjukkan bahawa sesuatu trend kecantikan mampu berkembang menjadi bentuk ekspresi kreatif yang merentasi pelbagai golongan.

Solekan kini bukan sekadar bertujuan mencantikkan penampilan, malah menjadi medium untuk menyerlahkan keyakinan, kreativiti dan identiti seseorang.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium